CATCHER

March 18, 2008

Punca-punca Gejala Sosial

Filed under: Malay B1 Task —Tagged — kuzer @ 5:12 am

Pada masa ini gejala sosial telah menjadi satu isu yang membimbangkan. Gejala ini hampir wujud di seluruh negara dan tidak terkecuali negara kita sendiri. Kebanyakannya mereka yang terlibat dalam gejala yang tidak sihat ini adalah terdiri golongan remaja dan belia, tidak kira lelaki mahupun perempuan yang mempunyai sebab-sebab tertentu seperti kurang mendapat perhatian dari keluarga dan terdiri dari orang bersifat agresif, berani dan liar. Namun punca-punca berlakunya gejala ini masih menjadi pertanyaan bagi sesetengah orang.

Pengaruh rakan sebaya adalah salah satu perkara yang menjadi punca berlakunya gejala sosial. Perkara ini sering berlaku di kalangan remaja-remaja sekarang yang hidup di dalam alam penuh dengan kemajuan. Ini adalah kerana remaja pada masa sekarang lebih mesra dengan rakan mereka kerana ibubapa sibuk dengan urusan kerja dan lain-lain. Ada sesetengah remaja meluangkan masa hampir penuh bersama rakan-rakannya. Di sebabkan itu, remaja sekarang lebih mengenali rakan mereka berbanding dengan ibubapa sendiri dan lebih mempercayai rakan mereka daripada keluarga atau ibubapa. Kejadia seperti ini adalah amat bahaya dan boleh mengakibatkan remaja tersebut terjerumus dalam gejala sosial yang tidak sihat.

Sikap keluarga dalam mendidik dan mengasuh anak-anak mereka juga adalah menjadi satu sebab kenapa remaja dan belia sekarang terlibat dalam gejala sosial. Terdapat ibubapa yang tidak begitu perihatin tentang sifat dan kelakuan anak-anak mereka sendiri seperti membiarkan anak-anak mereka hidup bebas tanpa teguran dan bimbingan yang perlu diberikan kepada anak-anak mereka. Ada sesetengah ibubapa juga tidak menetapkan peraturan-peraturan yang tertentu dalam hidup berkeluarga yang boleh mengakibatkan anak-anak mereka bebas melakukan sesuatu perkara dan seterusnya mempunyai risiko tinggi terlibat dalam gejala yang tidak baik.

Selain itu hak anak-anak dalam menentukan pilihan mereka sendiri juga tidak kurang penting untuk di ambil kira sama ada dalam hal yang berkaitan dengan masa depan mahupun tentang pembelajaran mereka. Ibubapa seharusnya bersifat terbuka mengenai perkara seperti ini kerana anak-anak mereka juga perlu membuat pilihan sendiri bagi menentukan nasib mereka untuk masa depan. Ibu bapa tidak seharusnya sesuka hati membantah kemahuan anak dalam hal yang berkaitan dengan hak mereka. Ini adalah kerana proses para remaja untuk meningkat ke alam dewasa memerlukan ketenangan fikiran. Jika kemahuan mereka tidak dihiraukan ataupun dibantah oleh ibubapa dengan keras berkemungkinan besar akan berlaku pemberontakan di dalam jiwa anak-anak atau remaja tersebut yang akhirnya boleh mengakibatkan mereka merasa bosan dengan hidup sedemikian.

Pengaruh media massa juga menjadi sebab-sebabnya. Dalam alam yang pesat dengan kemajuan teknologi ini remaja sekarang dengan senangnya boleh mendapatkan keseronokan dan kegembirann. Namun yang membimbangkan adalah kesan negatif dari kemajuan teknologi itu sendiri. Sebagai misalan, hampir semua remaja pada sekarang terdapat alat permaian “video game” yang sesetengah permainan melibatkan remaja atau seseorang itu untuk memainkan watak-watak sebagai pembunuh dan pengganas. Ini adalah bahaya kerana remaja boleh saja melakukan perkara tersebut dalam dunia nyata dan berani mencederakan orang di suatu hari nanti. Justeru itu di sebalik keseronokan yang terdapat pada teknologi yang ada sekarang terdapat juga kesan-kesan yang boleh mengakibatkan seseorang itu terlibat dalam gejala sosial.

Punca-punca sedemikian perlu di tangani bersama bagi mengurangkan masalah gejala yang tidak sihat. Kerana gejala sosial ini bukan sahaja berpunca dari ibupapa atau keluarga namun boleh dikaitkan dengan kemajuan yang kita capai pada masa sekarang. Oleh itu sebagai ibubapa adalah perlu untuk mengawal anak-anak mereka dan memberi mereka kasih sayang serta panduan yang berguna agar anak-anak mereka menjadi orang yang berguna di mata masyarakat.

4 Responses to “Punca-punca Gejala Sosial”

  1.   m_khusnin  Says:
        

    Hallo salam kenal ni, Saya sepaham dengan Anda, semoga kita selalau berjodoh, karena ALLAH Ajja wa jalla

Leave a Reply

©2014 CATCHER
Provided by WPMU DEV - The WordPress Experts
Hosted by Edublogs